SMK Tambun akan Merealisasikan
Visi Sekolah Melalui :
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan
berkesan
2. Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
3. Melahirkan pelajar yang berketerampilan, berdaya
saing dan berdisiplin
4. Sistem pengurusan organisasi yang efektif
5. Mewujudkan budaya kerja yang beretika dan positif
melalui persefahaman antara
guru murid, ibu bapa dan komuniti.
guru murid, ibu bapa dan komuniti.
Melahirkan insan yang cemerlang akademik dan
kokurikulum dengan akhlak terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1. Berusaha mencapai kecemerlangan kurikulum pada
setiap masa.
2. Memupuk potensi pelajar dalam bidang kokurikulum
bagi mencapai kecemerlangan
dalam semua peringkat.
3. Melahirkan warga sekolah yang beiman dan bertakwa.
4. Mewujudkan sekolah yang harmonis, tenteram, maju
serta menyeronokkan.
1. Pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan
a) Membudayakan
headcount (HC)
b) Modul
guru ganti
c) Program
Menjejak Impian Menggapai Awan
d) Pecutan
akhir PMR dan SPM
(tukar
soalan antara negeri-negeri)
e) Minimum
Adequate Syllabus
f) Mastery
Learning
g) Ujian
Diagnostik
h) Kem
Kecemerlangan
i) Gerak
Gempur PMR dan SPM
j) Ops
Kerja Rumah
k) Kelas
Tambahan PMR dan SPM
l) Bengkel
Teknik Menjawab PMR dan SPM
m) Tuisyen
Gemilang Yayasan Perak
n) Program
Inklusif pelajar Pendidikan Khas secara inklusif penuh atau inklusif separa ke
aliran perdana.
o) Program
Transisi ke Kerjaya Pendidikan Khas
p) Program
Kurikulum Alternatif
q) Memperkukuhkan
program perkongsian pintar dan percambahan minda Program Pendidikan Khas
Integrasi dengan organisasi lain, agensi swasta dan komuniti setempat.
r) Program
Literasi melalui pemulihan 3M.
2. Penglibatan
pelajar dalam bidang kokurikulum di Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan
a) 1
Murid 1 Sukan
- Sukan sepanjang
tahun
- Sukan untuk semua
- Sukan untuk kecemerlangan (Menapak Puncak: Bola Sepak,
Hoki, Olahraga )
b) Pemantauan Pengurusan Kokurikulum Berkesan
c) Klinik Sukan – Permainan/ Olahraga
d) Kem
Perdana UPS – Unit Pakaian Seragam
e) Kursus
Kepimpinan Kelab / Persatuan / UPS
f) Hari
Kokurikulum
g) Program
Pembangunan Sukan - Hoki dan Bola Sepak.
h) Perlawanan
Persahabatan Antara Sekolah
i) Program
Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Khas (Olahraga, Futsal, Bola Jaring)
j) Lawatan Sambil Belajar
k) Pelaksanaan Headcount - CGPA
3. Melahirkan
pelajar yang berketerampilan, berdaya saing dan berdisiplin
a) Program-program
Kepimpinan Pelajar
b) Program-program
Motivasi Kendalian Unit Bimbingan Kaunseling
c) Program-program
Unit Dakwah
d) Program
Permuafakatan Komuniti Setempat
e) Program
Unit Disiplin PIBG
f) Perucapan
Umum (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
g) Program
Hati ke Hati
h) Program
‘House Visit’ - guru menziarahi rumah pelajar yang bermasalah dari segi
kehadiran.
i) Program
permuafakatan antara warga Pendidikan Khas dengan ibu bapa pelajar Pendidikan
Khas.
4. Sistem
pengurusan organisasi yang efektif
a) LADAP
- Edu Web
- Kursus Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris (Dasar MBMMBI – Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris)
- Kursus Psikologi (Kawalan
Kelas dan Anger Management)
- Sesi Guru Cemerlang
(menjemput guru cemerlang bagi berkongsi teknik)
- Kursus Microsoft (Excel,
Powerpoint & Publisher)
b) Melaksanakan
pemantauan dan penyeliaan di semua peringkat
c) Program
Coaching and Mentoring
d) Kursus
Profesionalisme Pengetua dan Penolong-Penolong Kanan
e) Program
NILAM / Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah
f) Pusat
Sumber Cemerlang Peringkat Negeri dan Kebangsaan
g) ‘Sense
of urgency’
h) Mengamalkan
konsep 1 Malaysia
i) Pengurusan
kewangan yang cekap
j) Memperkasakan
panitia mata pelajaran
k) Memperkasa
kepimpinan instruksional & transfonasional
l) Memantapkan
pelaksanaan program kecemerlangan & program khas
m) Pengurusan
Keilmuan Profesionalisme guru Pendidikan Khas
n) Pengurusan
Keilmuan Profesionalisme pembantu pengurusan murid Pendidikan Khas.
o) Pengurusan
data Pendidikan Khas
5. Mewujudkan
budaya kerja yang beretika dan positif
a) Merapatkan
jurang komunikasi antara kedua-dua sesi
b) Perkongsian
idea dan permasalahan
c) Memantapkan
hubungan dengan PIBG dan komuniti.
d) Menetapi
larangan dan suruhan
e) Berasaskan
keimanan
f) Kesederhanaan
g) Menghargai
masa
h) Keseronokan
bekerja
COGAN
KATA
“ MAJU BERHEMAH”
MAJU : Sentiasa berada di hadapan dan dalam keadaan bertambah
baik terutamanya
dalam sahsiah, akademik dan kokurikulum
BERHEMAH : Berbudi
pekerti
MAJU
BERHEMAH: Sentiasa mempunyai semangat untuk ke hadapan ke arah
menjadi bertambah baik dengan berpegang kuat kepada nilai budi
pekerti pada setiap masa
GERIGI : Melambangkan teknologi sebagai asas kemajuan. Kedudukan
di tengah- tengah melambangkan keseimbangan dalam semua
aspek sama ada jasmani, emosi, rohani dan intelek
ATOM : Melambangkan ilmu saintifik untuk masa hadapan
MATA
PENA : Ilmu yang dituntut untuk mengembangkan potensi diri
BUKU : Sumber ilmu yang luas
PETA : Pendidikan bertaraf dunia
PETAK
EMPAT SEGI : Melambangkan sekolah sebagai tapak atau institusi yang
kukuh untuk membina sahsiah dan intelek pelajar
WARNA DAN MAKSUD
BIRU : Kesepakatan
BIRU
LEMBUT : Kesederhanaan dalam tindakan dan kejujuran
KUNING : Kepatuhan kepada Raja, Pemimpin, Guru dan Sistem Nilai
HIJAU :
Kesejahteraan untuk semua
MERAH : Semangat membara memburu kemajuan dan ketegasan
Maju berhemah tuju wawasan,
Sekolah kebanggaan kita,
Bertekad berazam untuk
berjaya,
Mencapai cita- cita bangsa.
Insan cemerlang jadi
harapan,
Sepakat jadi amalan,
Bersatu maju sekolah
gemilang,
Terpancar kejayaan.
c/o
Mari bersama ganding usaha,
Binakan diri mulia.
Patuh agama taatkan Raja,
Direstui ibu bapa,
Terus membara semangat
waja,
Berjasa kau berjasa,
Maju sekolah ku sejahtera
kekal sepanjang masa,
Sekolah ku berwawasan.
Blog ini telah dibina pada 30 Disember 2011. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memberi informasi dan berkongsi pengalaman yang dialami oleh para Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun. Dalam pada ini, kami menyeru kepada para pengawas sekalian bahawa laksanakanlah tugas yang diberikan dengan penuh keikhlasan kerana tanggungjawab ini adalah amanah buat kita semua.
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah) “.
Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Adakah kita ingin menjadi orang yang munafik? Nauzubillahiminzalik.
Selamat Bertugas!
No comments:
Post a Comment