Friday, 9 March 2012

Mesyuarat Exco Pengawas 1/2012

Assalamualaikum w.b.t.

Mesyuarat Exco Badan Kepimpinan Pengawas Kali Pertama Sesi 2012 telah berlangsung pada 15 Januari yang lalu di Bilik Mesyuarat SMK Tambun, Ipoh.

Objektif utama mesyuarat diadakan adalah untuk memperkenalkan semua exco-exco tertinggi pengawas kepada Encik Azmi bin Dahali, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun serta pada masa yang sama melatih para pengawas mengendalikan majlis rasmi mengikut protokal sebenar.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Muhammad Afham b. Suhaimi selaku Ketua Pelajar sesi 2012 dan dihadiri seramai 18 orang exco. Guru yang terlibat adalah Puan Raha Hasnah iaitu guru penasihat badan kepimpinan pengawas dan juga Encik Jamil b. Dayan selaku ketua guru disiplin sekolah.







Antara isu-isu yang dibincangkan:
  1. Tugas hakiki pengawas.
  2. Isu keluar rehat pengawas.
  3. Sumbangan dari pihak sekolah untuk t-shirt pengawas.
  4. Mewujudkan kad pelajar bagi pengawas.
  5. Kelulusan pengetua untuk penciptaan blog pengawas.



No comments:

Post a Comment