Assalamualaikum w.b.t.
Salam Satu Malaysia :)
Pada 16-18 Februari yang lalu, badan kepimpinan pengawas sekolah telah mengadakan kem selama 3 hari 2 malam di Pusat Kokurikulum Negeri Perak, Pulau Pangkor. Kem ini disertai seramai 40 orang pengawas bersama 5 orang guru pengiring iaitu Encik Jamil, Puan Raja Hasnah, Encik Abdul Rahman, Puan Yasnida dan Cik Hajah Haslinda.
Untuk pengetahuan, kem ini juga disertai oleh 2 buah sekolah lain iaitu SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak dan SMK Sri Tapah. Kem ini bermula secara rasmi pada pukul 5 petang dengan slot yang pertama iaitu Pengenalan Komunikasi Radio Operator Amatur. Melalui slot ini, pengawas dapat mempelajari cara-cara mengendalikan radio operator amatur atau walkie talkie dengan cara yang sebenar.
Pada waktu malam pula, sebelum aktivti yang seterusnya bermula, pihak kem telah mengadakan slot pengenalan iaitu Pecah Bendungan/Ice Breaking. Menerusi slot ini, para pengawas SMK Tambun dapat berkenalan dan mengenali para pengawas dari dua buah sekolah yang lain. Pemilihan penghulu dan penghuluwati juga telah diadakan menerusi undian. Untuk pengetahuan, para pengawas SMK Tambun telah menunjukkan dan memberikan respons yang baik terhadap pelbagai aktiviti yang diadakan. Syabas pengawas!
Aktiviti lain yang diadakan ialah Night Walk di sepanjang Pantai Pasir Bogak, Water Confident iaitu Kayak dan Snorkeling, Jungle trekking, Orienteering, Explorace di Pekan Pangkor dan Wall Climbing.
Sesungguhnya kem kepimpinan seperti ini telah memberi pelbagai manfaat kepada para pengawas yang mengikutinya. Pengawas menjadi lebih berani, mementingkan nilai persahabatan seta mematahkan sikap ego dalam diri serta membentuk sebuah pasukan yang bekerjasama. Semoga kita dapat berkumpul lagi untuk kem yang akan datang. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment