Saturday 30 June 2012

Program Jalinan Ukhuwah

Assalamualaikum w.b.t

Pada 16 Jun yang lalu, badan kepimpinan pengawas SMK Tambun telah mengadakan aktiviti sukaneka iaitu Program Jalinan Ukhwah antara pengawas sesi pagi dan sesi petang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara para pengawas serta memupuk semangat kerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan.
Dengan kerjasama pihak guru iaitu Cikgu Jamil, Cikgu Raja Hasnah, Cikgu Siti Maria, Cikgu Zuraida (PK HEM), Cikgu Azmi (pengetua), Cikgu Jatarona dan beberapa orang cikgu lain yang turut terlibat, alhamdulillah program ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya.
Semoga kita dapat bersama-sama dalam program seperti ini lagi pada tahun akan datang.
Pengawas SMK Tambun terbaik! :)


Pengawas berkumpul sebelum dibahagikan dalam kumpulan



Tekun mendengar taklimat explorace.

Sebelum tu, kita senamrobik dulu. Hehehe


Para penjaga checkpoint tingkatan 4.



Explorace bermula! Salah satu checkpoint iaitu peserta perlu mengambil duit syiling dalam balang yang berisi cacing. Dalam permainan ini, kami dapat melihat pengawas yang berani, yakin dan sebaliknya.


Orang kuat kita.







Checkpoint lain pula, peserta perlu mendengar arahan dari perserta lain untuk berjalan dalam kotak yang disediakan.


Makan petai pulak. Aiyoyoyo..

Handsome pengawas kita bila disapu bedak sejuk macam ni :)
Ini adalah salah satu denda yang dikenakan jika tidak lulus dalam 1 checkpoint.



Selepas penat bermain, pengawas bergambar dan bersantai di Dewan Seri Budiman sebelum majlis penutupan berlangsung.




Pengawas lelaki yang penat bermain makan dahulu.

Barisan guru-guru dan ketua pengawas.

 
Penyampaian cenderamata dari badan pengawas kepada Tuan Pengetua.

PK HEM memberikan ucapan yang memberangsangkan para pengawas untuk terus berdedikasi dalam melaksanakan tugasan.


Pengetua pula memuji baju t-shirt pengawas. Hehehe

Antara para pemenang pertandingan explorace.


JOHAN!


Selepas selesai majlis penutupan, diadakan pula sambutan hari jadi untuk para pengawas yang lahir pada bulan Januari sehingga Jun. Happy bebenor pengawas kita ^____^




Nak jugak bergambar dengan kek kihkih

Jamuan untuk para pengawas.
Dah dapat hadiah, dapat makan pulak tu. Seronok betul jadi pengawas =)


Pengawas Thiventhiran yang terlalu dahaga sehingga membuat aksi sebegitu rupa.
Takpe, tahun depan kita order air lagi banyak :P


Pengawas Thiventhiran membahagikan hadiah hamper yang dimenanginya pulak.
"Satu untuk aku, satu untuk engkau, tiga untuk aku, dua untuk engkau, muahahaha..."
Gurau ye Thiven :D






Pengawas senior bergambar sebagai kenangan.
Tahun depan takde dah...

Bersalam-salaman sebelum bersurai.



Semoga hubungan silaturahim antara pengawas akan tetap utuh dan kuat sepanjang masa.
Terima kasih kepada semua pengawas yang terlibat dalam pengurusan program ini.
Jasamu dikenang.
Sekian terima kasih =)

Kepada pengawas tingkatan 5, study weh percubaan SPM nak dekat dah...












No comments:

Post a Comment